NADICare-“Bina Tabiat Sihat: Rutin Harian yang Realistik”
13 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Jun 2026, telah berlangsung program NADICare bertajuk “Bina Tabiat Sihat: Rutin Harian yang Realistik” (W154) pada pukul 10.30 pagi. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara membentuk tabiat sihat yang konsisten dan sesuai dengan gaya hidup harian.
Peserta diperkenalkan kepada strategi praktikal seperti pengurusan masa, pemakanan seimbang, serta kepentingan aktiviti fizikal ringan dalam rutin harian. Penekanan turut diberikan kepada membina disiplin diri dan menyesuaikan tabiat sihat dengan keadaan individu agar lebih mudah diamalkan.
Program ini diharap dapat membantu peserta membina rutin harian yang realistik, sekaligus meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental secara berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: